Thursday, May 7, 2020

Ramadhan Part 1

Bismillah, assalamualaikum.

Today's date in hijri is 14 Ramadhan 1441 h. Though tomorrow's already 1/2 of Ramadhan but I think it's not too late for me to share my Ramadhan memories.

Jadi bila sebut pasal Ramadhan atau bulan puasa ni kebiasaaanya mestilah tentang, puasa, tarawih, qiamullail, khatam qur'an, lailatul qadr etc. Aku pun fikir benda yang sama juga cuma bila masuk bulan puasa ni ada seseorang yang aku rindu sangat, arwah tok. Mak kepada umi. Masuk tahun ni dah 9 tahun tok meninggal sebab kanser perut. Aku jadi rindu pada arwah tok bila masuk bulan Ramadhan ni sebab aku rasa banyak kenangan dengan tok especially dalam bulan ni.

Dulu sebelum tok meninggal, family aku memang tiap-tiap hujung minggu akan balik rumah tok. Dari rumah aku nak ke rumah tok ada la dalam 30-45 minit macam tu nak sampai. Ingat lagi macam mana rasanya kalau puasa kat rumah tok. Pernah sekali waktu umur 6 tahun aku batalkan puasa aku waktu tengah hari macam tu sebab tak tahan tengok potongan betik dalam peti sejuk rumah tok hahahaha. Kenangan. Lepastu tok dulu tiap-tiap tahun masa bulan puasa akan ada sekali hujung minggu akan jemput adik beradik tok dan family, sekali lagi hujung minggu yang lain jemput adik beradik tokwan dan family datang berbuka sama-sama kat rumah tok. Seingat aku masa ni lah tok, chaq, umi dan mana-mana lagi adik-adik umi yang balik akan memasak sama-sama kat dapur untuk hidangan berbuka. Semua sedap tapi yang paling aku ingat sekali (maybe ni masa bulan Ramadhan tahun 2010) is agar-agar laici buatan chaq. I can even remember how it looked like. Lepastu adik-beradik tok/tokwan yang datang bawak kuih-muih tambahan. Untuk berbuka guna sampai 3 ruang nak hidang makanan sebab ramai kan. Atas meja makan biasa kat ruang makan, bawah depan meja makan tu hampar tikar and also kat ruang tengah tu pun hampar tikar. Memang ramai betul. Tok-tok menakan aku, sepupu-sepupu umi, dua pupu-dua pupu aku walaupun masa tu dua pupu aku tak la ramai sangat. Lepas berbuka, kemas cepat-cepat then kat ruang tengah yang guna untuk berbuka tadi sampai la ke ruang depan/ruang tamu hampar sejadah, solat jemaah ramai-ramai. Rindu betul masa ni.

Puasa kat SMKA pun kenangan jugak. 5 tahun kat SMKA walaupun boleh katakan rutin yang sama tapi setiap tahun tu kenangan. Waktu form 1 duk tunggu lepas Maghrib bila boleh lepas pergi DM walaupun tau memang turn form 1 last sekali. Nasib waktu form 5 memandangkan kami yang memegang ni baik-baik (eceyyy) kami set kan untuk gilir-gilir setiap form setiap hari biar semua form merasa masuk DM awal. Tapi honestly waktu form 5 macam tak kisah sangat pun giliran lepas pergi DM ni since aku dan beberapa orang dalam batch yang perempuan memang akan makan guna talam dalam bilik rekreasi aspuri. Lepastu masa tarawih pulak dalam hati punya berharap imam baca pendek sebab mengantuk sangaaattt!! Dengan panasnya pulak tu. Allahu sabar je la waktu tu. Masa form 1, imam tarawih yang aku tau waktu tu majoritinya senior-senior form 4 form 5 masyaAllah panjangnya baca. Aku rasa masa form 3 macam tu kot imam tarawih dah start baca pendek-pendek, sebab apa? Sebab waktu tu yang jadi imam, budak-budak kelas tahfiz batch aku sendiri, jadi agaknya depa pon tau mengantuk kalau baca panjang-panjang ni hahahaha. Lepastu aku suka sangat kalau seorang budak batch aku ni jadi imam tarawih sebab sepanjang 5 tahun kat SMKA dan dia yang jadi imam jarang sangat lah aku mengantuk. Sedap betul suara dia kalau baca surah Thaha dan dia memang selalu baca surah Thaha kalau jadi imam tak kisah lah imam tarawih atau imam Maghrib/ Isya', surah favourite dia agaknya (kalau kawan-kawan SMKA yang baca ni mesti tau siapa). Pasal sahur pulak aku ni waktu form 1 ja yang memang tiap-tiap hari turun sahur kat DM. Naik form 2 dah jarang-jarang sebab malas bersiap then nak kena panjat balik sampai tingkat 3 untuk balik dorm. Naik form 3 sampai form 5 lagi la memang tak turun langsung. Kalau nampak aku kat DM waktu sahur masa form 3 - form 5 tu maknanya hari tu mesti hari qiamullail perdana. Masa bulan puasa balik setiap minggu dan baba kalau ambil aku dengan along (form 1- form 4) atau aku dengan 'Afaf (form 5) masa petang Jumaat mesti akan singgah Bazar Ramadhan Bandar Baharu tapi boleh kira pakai jari sebelah tangan ja berapa kali aku turun sepanjang 5 tahun tu. Padahal masa kat asrama bukan main terbayang-bayang bazar ramadhan. Tapi selalunya hari Jumaat tu aku penat sangat dan akan tertidur dalam kereta. Baba dengan along/'Afaf ja yang akan turun.

Jadi tu la serba sedikit kenangan berpuasa aku selama 17 tahun hidup. Panjang entri kali ni tapi ni pun tak habis tulis lagi. Nanti kita sambung di part 2.

Till then :)

No comments:

Post a Comment