Ok before I jump to the main content, this is the SECOND TIME I'm writing this sebab tadi dah tulis punya lah panjang sampai nak dekat 2 jam aku menulis, boleh pulak auto save function tu jadi tak function,,, habis hilang semua tinggal tajuk ja. Ponat den mencurahkan idea menulis dengan emosi tau tak?!
Ok back to the main reason I'm writing this entry. So 2,3 hari lepas antara trend Malaysia kat twitter is Dilan sebab filem Milea: Suara dari Dilan dah masuk netflix. Jadi ramai lah manusia yang dah tengok filem tu meluahkan pendapat mereka tentang filem tu di twitter dan rata-rata yang aku baca(aku baca sebelum aku tengok filem tu lagi and yes aku memang sejenis yang tak kisah kalau aku baca atau orang bagitahu aku spoiler), ramai yang menghentam Milea dalam filem kali ni dengan mengatakan 'she's selfish, she doesn't deserve Dilan, etc.' Dan aku, bila dah baca tweet-tweet tu aku macam 'aku dah kata dah daripada first movie lagi yang Milea ni queen control, aku tak paham macam mana si Dilan ni boleh sabaq dengan si Milea ni.' Aku tak mau lah setakat baca tweet-tweet orang tentang filem tu. Nak la jugak tengok full movie dan bagi pendapat aku jugak kan, and luckily ada seorang sis yang baik hati create a telegram channel yang mana dalam tu dia compilekan ketiga-tiga movie Dilan series ni. Aku pun apa lagi terus download dan malam tu jugak terus aku tengok filem Milea: Suara dari Dilan ni.
[spoiler contents ahead!]
Sinopsis:
Mengisahkan tentang kisah cinta Dilan dan Milea sama seperti filem Dilan 1990,1991 tetapi dari sudut pandang Dilan.
Sinopsis dia memang sengaja aku pendekkan nanti entri ni jadi panjang sangat pulak.
Filem dimulakan dengan Dilan yang sedang menaip di komputer sambil merujuk novel Dilan 1990,1991 karya Pidi Baiq. Pada awalnya Dilan menceritakan tentang dirinya sendiri, tentang bunda, tentang ayah. Jadi scene awal adalah ketika zaman kanak-kanak Dilan. Dilan ni dari zaman dia budak-budak lagi pe'el dah semacam. Hahaha bukan lah perangai dia buruk ke apa cuma...semacam lah. Ada sekali tu makcik dia tanya, 'cita-citamu apa nak?' Guess what his answer was. 'MENIKAH', itu kata Dilan. Ngakak. Awal-awal aku dah sakit perut gelak.
Kemudian filem diteruskan dengan zaman remaja Dilan, tahun 1990,1991. Scene-scene yang sama dengan 2 filem sebelum tu tetapi dari sudut pandang Dilan. Macam scene yang Dilan approach Milea naik motor masa on the way pergi sekolah tu, malam sebelum tu Dilan siap mintak bunda bacakan al-fatihah pada air yang dia nak minum. Kata Dilan pada bunda, 'mau dekatin cewek.'
Macam yang aku kata scene-scene dia lebih kurang sama ja, all those conflicts, tapi dari perspektif Dilan, so aku malas nak ulas panjang-panjang. Just that there are a few things that I wish to highlight.
Ada satu scene ni Dilan bergaduh sampai bertumbuk-tumbuk dengan kawan baik dia sendiri Anhar. Sebabnya Anhar tampar Milea. Yes Anhar tak patut buat macam tu kat Milea dan aku bukanlah nak backup Anhar sebab perbuatan dia tu ke apa tapi just nak cerita macam mana yang sampai si Anhar ni boleh pergi tampar Milea. So Anhar dengan Milea bergaduh sebab Anhar kata yang Dilan ni selalu sangat dengan Milea sampai dah jarang lepak dengan kawan-kawan, geng motor dia padahal Dilan dengan Milea belum resmi pacaran pun. Then bila Dilan dengar yang Milea kena tampar dengan Anhar, Dilan kata harga diri dia semacam dipijak, tu yang sampai bertumbuk dengan Anhar. Nampak tak sebab seorang perempuan ja hampir musnah persahabatan Dilan dan Anhar yang mana aku yakin lagi lama daripada tempoh Dilan kenal dengan Milea. Even Dilan sendiri pun kata memang rasa tak best langsung waktu tu sebab bergaduh dengan kawan baik sendiri.
Another scene is when Akyal(?)(I don't know how to spell his name), a good friend of Dilan passed away selepas dipukul, dikeronyok sama orang-orang yang tidak diketahui. Hubungan Dilan dan Milea yang dah elok sebelum tu mula tegang sebab Milea rasa kematian Akyal tu mesti ada kena mengena dengan geng motor Dilan padahal berapa kali Dilan bagitau Milea yang dia dan geng motor dia memang tak tahu apa-apa langsung pasal tu. But Milea being Milea, masih dengan pendiriannya bahawa anak-anak yang ikutan geng motor itu semuanya brengsek, tak percaya langsung kata-kata Dilan. Dia memang ignore terus Dilan. Bayangkanlah Dilan waktu tu baru kehilangan kawan baik, he needed her, his support system tapi kena palau macam tu ja walau banyak kali Dilan pujuk. Dah lah tu ayah bunda Dilan ni memang side Milea lah, tak bagi kata-kata semangat langsung kat Dilan. Ayah Dilan siap tampar dan halau Dilan keluar dari rumah padahal waktu tu tak ada bukti pun yang menunjukkan keterlibatan Dilan dan geng motornya dengan kematian Akyal.
Ni satu lagi, bila Dilan kena halau dengan ayah dia tu, Dilan tinggal kat tempat lepak dia dengan geng motor dia, so satu hari tu Milea datang marah-marah, tampar Dilan sebab tinggal situ dan terus mintak putus. Aduhai apo bondo la ekau ni Milea oi, den tak paham langsung. Dah si Dilan tu kan kena halau, tak ado tempat nak duduk, haaa duduk lah dio kek situ. Takkan nak duduk rumah ekau pulak *facepalm*. Finally, putus jugak Dilan dengan Milea ni. Tapi si Milea ni dah lah dia yang mintak putus tapi alih-alih dia yang menangis-nangis rindukan Dilan. Kalau setakat rindu ja tak apa la jugak, ni pergi mengadu pulak kat bunda, hah last sekali Dilan jugak la yang kena. Ayah bunda Dilan ni pun satu hal jugak, Milea dah macam anak kandung, Dilan dah macam anak tiri. Ok tak lah sampai macam anak tiri, aku exaggerate ja tu.
Satu benda lah yang aku perhati, bagus betul sikap Dilan ni sebenarnya. Dalam filem ni, Dilan, dia tak akan buat benda yang kena kat dia dan dia tak suka benda tu pada Milea. Contohnya, sikap mengongkong Milea tu. Milea memang nampak sangat cuba untuk kawal Dilan, dasar queen control. Kawan-kawan, geng motor Dilan pun ada jugak bagitau Dilan yang depa rasa Milea ni macam control Dilan, tapi Dilan ignore ja semua tu. Halah halah dah sayang kan... Padahal aku faham sangat kalau lelaki tu dengan ego depa lagi kebanyakannya memang tak suka dikongkong(I have 3 brothers). So macam mana yang aku tengok, perasan, Dilan tak pernah kongkong Milea. Even masa Milea bagitau Dilan yang kang Adi, cikgu tuisyen Milea tu ajak Milea keluar, Dilan tak halang, Dilan jugak tak sokong. Cuma memang Dilan bagitau yang kalau Milea keluar dengan kang Adi, Dilan akan rasa cemburu. Jadi Milea punyalah berjanji tak akan keluar dengan kang Adi but well janji tinggal janji, dia keluar jugak dengan kang Adi. Tapi balik dari keluar tu memang menangis la Milea ni sebab rasa bersalah pada Dilan dan esok tu dia mintak maaf pada Dilan. And oh well Dilan macam biasa lah maafkan ja Milea ni.
Overall untuk filem yang ketiga ni, aku bagi 8/10 jugak. Sebabnya macam biasa aku memang suka betul watak Dilan. Dilan dalam ketiga-tiga filem memang dipotraykan as a funny, witty person. Awal-awal filem tu memang kerja gelak ja. Tapi start pertengahan tu bila dah tunjuk hubungan Dilan dan Milea yang mulai goyah, apa yang Dilan rasakan waktu tu, memang rasa kesian dekat Dilan dan rasa macam watak Milea ni memang layak dibash.
Ok lah tu ja kot untuk entri kali ni. Satu benda lah nak pesan, bercinta lah bagai nak rak kasut ke rak pinggan ke rak baju(?) sekalipun kalau dah namanya jodoh tu, Allah jugak yang tentukan. Kalau tak ada jodoh memang takat tu ja lah.
Oh ya aku sarankan mana yang dah tengok the first 2 movies dan sesiapa yang minat genre romance, yang perlukan gelak ketawa untuk release stress(tapi mungkin juga akan tambah stress bila tengok watak Milea) untuk tengok ketiga-tiga filem ni.
(p/s: Ending filem ketiga ni boleh dikatakan agak tergantung, tapi bagi aku ok ja kalau habis takat situ pun. Cumanya dengar cerita, Pidi Baiq, penulis ketiga-tiga novel dan pengarah ketiga-tiga filem ni tengah tulis sambungan Milea: Suara dari Dilan ;))
Till then :)






