Thursday, May 21, 2020

كن أنت

لَا لَا
لَا نَحْتَاجُ الْمَالَ ، كَيْ نَزْدَادَ جَمَالًا
جَوْهَرْنَا هُنَا ، فِي الْقَلْبِ تَلَالًا
لَا لَا
نُرْضِي النَّاسَ بِمَا لَا ، نَرْضَاهُ لَنَا حَالًا
ذَاكَ جَمَالُنَا ، يَسْمُو يَتَعَالَى

Sounds familiar huh? No, no. This entry is definitely not about that song, Kun Anta by Humood Al-Khuder.

Bissmillah, assalamualaikum.

So, what I actually wanted to write in this entry is about my thoughts on the phrase kun anta, be yourself.

I've always heard people saying, 'you don't have to be concerned about the others, just be yourself,' whether publicly or privately to me. I remebered in a voice message sent by a friend on my birthday last year, aside from prayers, towards the end of the message he(disclaimer: yes it's a he, one of my guy friends from PBT whom I considered as a good friend of mine) also said 'yang penting, be yourself.'

From what I see, people even I myself say those to prevent ourselves or the others from being influenced by the standard of the others especially if it'll affect ourselves negatively. Plus, when saying 'be yourself' there's another meaning behind that phrase which I think is to appreciate ourselves and to keep the originality as it is.

But I don't know why lately when I'm in some kind of dilemma or when I can't do something properly, 'haissh penat lah jadi Hanan ni,' is what came to my mind. 

It's like I'm tired of being myself. I don't even know what I really want. There are times when I want A, but then a few seconds later I want B. Then, I'll have like a 'mind war' with myself to decide about it. If I'm lucky I might be able to get a decision but if it's too hard, I'll just cancel both of it and think about it some other time.

Another situation is for example when I was cooking the other day, I kept on letting my hands slightly burnt or injured because of the cooking utensils.There are a few scars on both of my hands as for now. Because of this, I had a thought that if I'm someone who's better at handling things, maybe there are no scars because of cooking on my back of hands now. Ok, but that was before. As I'm writing this I just realized that I should not have that kind of thought because it's kind of 'melawan takdir'. Astaghfirullah. After all, Allah's the one that make things happen in this world.

So what I want to say is don't be like me. Just be yourself. Love and appreciate yourself. If you have similar thoughts like mine, please just erase it away from your mind quickly and say Alhamdulillah. Be grateful to Allah for who He has made you. Be grateful to Him for how perfect he has created you. Ok now that's a new tip even for myself!

Well, to be honest, I've just realized it that while having thoughts like 'I hate myself' or 'penatnya jadi Hanan' and so on, I might've been ungrateful towards the Almighty, nauzubillahiminzalik, as I wrote this entry. Okaaaayyy... Now I don't even know why and what I really want to say about kun anta in the first place hmmmm...Meh.



Till then :)

[am feeling a bit melancholic. Maybe because this year's Ramadhan is coming to an end in 2 days.]

Tuesday, May 19, 2020

Dilan 1990 & Dilan 1991

[spoiler contents ahead!]

Sinopsis:
Mengisahkan tentang Milea, pelajar baharu dari Jakarta yang berpindah ke Bandung pada tahun 1990 dan hubungannya dengan seorang remaja lelaki bernama Dilan, ahli geng motor yang digelar 'panglima tempur' yang juga merupakan pelajar dari sekolah yang sama, tempat Milea belajar di Bandung.

Ok sinopsis kat atas tu aku tulis dan ringkaskan sendiri sebab cari kat web tak jumpa yang pendek, banyak yang jump ke plot terus.

Sebenarnya aku baru tengok kedua-dua filem tu waktu awal-awal Ramadhan hari tu walaupun Dilan 1990 ditayangkan pada tahun 2018 dan Dilan 1991 pada tahun 2019. Masa filem ni tengah hype dulu aku tak ada minat langsung. Entahlah mungkin sebab genre romance dan aku sibuk sangat waktu tayang tu. Yelah tayang masa aku tengah study kat PBT lagi. Jadi memandangkan aku ada terlampau banyak masa lapang dan memang tak buat apa sangat pun, I gave it a try because why not kan? Lagipun banyak good reviews. 

Filem ni dimulakan dengan satu malam di Jakarta pada Disember 2014, yang mana pada malam tu Milea sedang menaip sambil flashback tentang kisahnya dengan Dilan pada laptopnya. Milea yang baru berpindah ke Bandung dari Jakarta pada tahun 1990 merupakan seorang yang agak pendiam pada awalnya, biasalah baru lagi. Sampailah satu pagi tu dalam perjalanan nak ke sekolah, ada seorang lelaki sedang membonceng motor approach Milea dan membuat ramalan bahawa mereka akan bertemu di kantin tapi ramalan tu salah, jadi Dilan hantar satu kertas ke Milea buat satu lagi ramalan. Oh Dilan dan ramalan-ramalannya. Oh ya Dilan dengan Milea ni tak sekelas tau. Jadi ada lah dalam salah satu ramalan Dilan ni dia meramal yang Milea akan jatuh cinta dengan dia. Boleh agak kan ramalan tu jadi kenyataan ke tak hahahha.

Cerita diteruskan dengan hari-hari Milea dan Dilan. Macam mana Dilan mengorat Milea. Konflik Milea dengan boyfriend dia yang aku lupa nama lelaki tu siapa. Konflik Milea yang ramai peminat sebab lawa sangat. Tentang Dilan yang cemburu. Tentang Milea yang tak suka Dilan berkawan dengan anak-anak motor. Sampailah masuk tahun 1991, Dilan dengan Milea secara rasminya pacaran. Dilan mula terlibat dengan banyak masalah terutama dengan geng motor. Hubungan mereka yang teruji dengan ancaman dari Milea untuk break up kalau Dilan terus ikutan geng motor, kehadiran saudara Milea yang baru balik dari oversea yang mana lelaki ni pun aku lupa siapa nama dia. Kawan Dilan yang meninggal dunia sebab gaduh dengan geng motor memburukkan lagi keadaan dan seterus-seterusnya lah.

Lepas tengok kedua-dua filem ni, memang tak menyesal lah. Tengok rating kat web 7.3/10 untuk Dilan 1990 dan 6.7/10 tapi aku bagi 8/10 combining both of the movies. Aku suka setting tahun 90-an dalam filem tu. Tapi yang paling aku suka dalam filem tu is Dilaaannn!! 

Aku terhibur sungguh dengan lelaki ni. His wittiness really stole my heart. Patutlah Milea boleh jatuh cinta dengan dia way before she broke up with her Jakarta boyfriend. Ada masa awal-awal Dilan mengorat Milea tu, dia pergi rumah Milea bagi surat. Jadi Milea yang kehairanan waktu tu tanya Dilan macam mana tahu rumah dia. Dilan jawab, 'aku juga tahu kapan ulang tahunmu, aku juga tahu siapa tuhanmu.' 'Allah?' 'Sama.' Aku yang dengar dialog ni entah kenapa rasa tersentuh sikit. Tapi apa yang buat aku mula suka dengan karakter Dilan ni ialah apa yang dia katakan selepas tu waktu dia bagi surat yang dia tulis pada Milea. 'Bacalah, Milea.' Lepastu Dilan pergi tanya kawan dia yang teman dia pergi rumah Milea 'Dalam Bahasa Arabnya apa ya?' tapi kawan dia tak ingat. 'Oh ya. Iqra' ya Milea.' kata Dilan sambil tersenyum-senyum. Aku dengar je memang gelak sungguh. Ngakak. 

Pendapat aku pasal karakter Milea pulak, I think that this girl is so lucky. I mean like she's so pretty sampaikan cikgu sekolah, cikgu tuisyen dia pun suka dia(lucky ke tu eh?) She also has a great family, ibu dia yang sentiasa support dia. Family Dilan pun semua suka dia. Bunda Dilan siap canang-canang lagi kata Milea tu menantu dia. Pendek kata memang semua sayang dia lah. Cumanya, Milea ni agak selfish sebab dia tak support Dilan (ya aku tau benda yang Dilan suka buat bahaya).

Since filem ni bergenre romance, so cringy scenes memang tak dapat dielakkan lah kan. A bit too cringy untuk aku yang memang jiwa jomblo ni ✌️. Tapi aku suka je tengok perkembangan hubungan Dilan dengan Milea ni sebab memang lawak lagi-lagi part Dilan mengorat Milea. And Milea pun, I like it bila dia dah macam satu kepala dengan Dilan. Dilan buat pickup line semua Milea balas dengan cantik lah bagi aku. Tak hambar. Cuma ada certain things yang aku tak faham mungkin karna seumur hidupku gak pernah pacaran. Contohnya ada scene yang Milea menangis sebab dia takut Dilan cemburu dan kebetulan waktu tu Dilan tak angkat call sebab tak ada kat rumah. Waktu tu aku macam why?? Kenapa kena menangis?? Satu lagi benda yang aku tak faham ialah macam mana Dilan ni boleh sabar dengan Milea bila Milea ni asyik desak dia untuk keluar dari geng motor tu. I mean geng motor tu kawan-kawan dia dan dia kenal diorang dulu kot daripada dia kenal Milea. Kalau aku lah yang kena desak maybe the 2nd time kena desak tu dah break kot hahahah. Tapi setelah ku pikir-pikir dapat disimpulkan maybe that's just a couple's thing, I dunno. 

Overall, kedua-dua filem ni sebenarnya adalah cerita tentang Dilan daripada perspektif Milea. So, we don't how is it like from Dilan's perspective. Tapi satu lagi filem sambungan telah ditayangkan pada Februari tahun ni sebagai sambungan Dilan 1990 dan Dilan 1991 yang bertajuk Milea: Suara dari Dilan yang mana kita boleh tengok dari perspektif Dilan pulak. Tapi aku tak jumpa lagi full movie kat web, so tak tengok lagi lah. 

If you haven't watch the movies and you're all in for romance, I recommend you to watch it. So here are the trailers for all 3 movies: 









Till then :)


Monday, May 11, 2020

Ramadhan Part 2

Bismillah, assalamualaikum.

Dalam entri sebelum ni - Ramadhan Part 1, aku ada tulis tentang pengalaman berpuasa sepanjang 17 tahun hidup, dari masa aku kanak-kanak sampai 5 tahun kat SMKA. So in this entry, I'd like to write about the remaining 2 1/2 years (including this year).

Ramadhan 1439 h, about 1/3 of the month at home because I was spending my holidays after SPM and about 2/3  of it I spent in KL, new environment, new people, new experiences. Waktu ni aku baru mendaftar sebagai pelajar PBT (Pusat Bahasa Teikyo) for preparatory course (social sciences) in Japan. Jadi memang jumpa ramai orang baru. Aku seorang ja budak SMKA ( I mean NTISS), jumpa kawan-kawan baru, sensei-sensei baru, senpai, makcik cleaner, jiran baru and more. Since waktu tu baru ja masuk, so macam ok la kot. Belajar tak la busy sangat compare dengan waktu 二年生(nii nen sei-2nd year) tapi tak ingat la kalau-kalau aku rasa busy masa tu. Student PBT yang ditaja memang semua duduk 尞(ryou-hostel) kat Kondo Danau Idaman, so kami ni kira duduk rumah lah. Lengkap lah dalam tu katil, almari, meja belajar, dapur, peti sejuk and cooking utensils tinggalan senpai. Ada dapur so memasak la gayanya aku ni kan hahaha. Dah lah aku ni memang tak ada bakat memasak. Kalau setakat masak nasi, goreng telur, goreng ayam tu boleh lah. Masa ni la aku mula masak sikit-sikit- sardin, ayam masak merah, telur masak kicap, telur masak sos, sosej masak sos, kiranya benda yang campak-campak dan boleh alter pakai msg lah hahaha. Satu unit kondo tu patutnya 5 orang tapi waktu tu rumah aku 4 orang ja, so 4 orang kami ni masak sama-sama kat dapur both untuk sahur dan buka. Kalau malas sangat, makan telur goreng dengan sambal cek nor yang seorang housemate aku ni bawak. Tapi housemate aku yang tu lepas seminggu, dia keluar sambung belajar tempat lain dan dia tinggalkan sambal cek nor tu untuk kami dengan kettle yang dia bawak. Tapi masak untuk berbuka tu tak lah setiap hari. Kalau rasa kaya sikit ka pergi la bazaar kat hujung jalan. Lepastu kalau weekend ikut senpai jalan berbuka kat masjid yang kalau jalan kaki ada la dalam 10 minit nak sampai. Save la duit sikit makan free. Ada moreh pulak tu. Untuk ringkaskan rutin bulan Ramadhan aku masa 一年生(ichi nen sei-first year) kat PBT lebih kurang ,macam ni lah, bangun sahur-solat Subuh-bersiap-turun tunggu bas(masa ni awal gila turun, 7.15 dah ada kat bawah padahal bas sampai pukul 7.50 duhh)-pergi PBT-kelas sampai pukul 1-tadarus dengan senpai-solat Zohor-kelas balik sampai pukul 4.30-solat 'Asar-balik kondo pukul 5.30-bersiap untuk buka-solat Maghrib,'Isyak, tarawih- buat 宿題(shukudai-homework)-tidur. Esok tu ulang benda yang sama. Kalau weekend buang semua part yang ada kaitan dengan PBT kecuali shukudai and tambah berbuka kat masjid. Lebih kurang lagi seminggu nak raya, PBT dah mula cuti seminggu, jadi tahun tu adalah tahun cuti raya paling sikit yang aku pernah rasa. Raya 3 hari esok tu dah mula kelas. Tak sempat nak raya kampung belah umi pun tahun tu. 

Untuk bulan Ramadhan tahun lepas pulak, masyaAllah hecticnya tu tak boleh bawak bincang. Sebab dah masuk ni nen sei kan, setiap hari penat sungguh kalau ingat balik. Waktu ni jugak kami baru terima kouhai, so ada lah satu malam tu batchmates aku sibuk masak makanan berbuka untuk kouhai as a welcome party for them walaupun sampai kondo pun dalam pukul 6.50 macamtu(waktu ni nen sei kelas habis 5.30 tapi balik dari PBT 6.30). Rutin lebih kurang ja macam masa ichi nen sei tapi yang part tunggu bas tu dah tukar la. Aku keluar rumah pukul 7.45 sampai bawah terus naik bas. Lepastu yang tadarus tu tadarus dengan group batchmates ja sebab senpai pon dah tak ada and nak buat group dengan kouhai tak sempat. And aku dengan few other girls memang tiap-tiap hari buka puasa kat masjid tahun lepas since sampai kondo pun dah 6.50 lebih, penat sangat nak masak then nak save duit lagi. Apa yang menyebabkan kami sibuk sangat naik ni nen sei ni sebabnya lepas raya kami ada trial EJU and JLPT yang mana kalau EJU tu memang penting sangatlah untuk student yang nak masuk uni kat Jepun. So 毎日(mainichi-everyday) memang kerjanya 勉強(benkyou-study) ja lah. Pergi masjid pun bawak shukudai walaupun kadang-kadang tu tak terbuat pun. Balik dari masjid kalau penat sangat kadang-kadang tertidur terus. Then, bangun lah pukul 2-3 pagi buat shukudai stay up sampai sahur terus. Tu yang nak kata hectic tak hecticnya tu. Tapi satu benda la yang aku regret betul masa bulan Ramadhan tahun lepas is tak sempat khatam Al-Qur'an by the end of the month. Sayang betul sebab sejak masuk SMKA memang target aku untuk kahatam Al-Qur'an masa bulan Ramadhan setiap tahun tercapai tapi itu lah tahun lepas busy sangat dengan study( ya aku tau ni cuma alasan), tak tercapai target tu. 

Okay, so for this year, I was supposed to be fasting in Japan. We're supposed to fly on March 24th but because of covid19, our flight got postponed until September or so they say. Jadi tahun ni aku puasa dengan family. It's like a blessing in disguise. I was quite sad because of the postponement. Ye lah kan dah siap berangan-angan puasa kat sana dengan tak sabar nak sambung study (orang selalu malas study tapi aku tak sabar nak study sebab my Japanese masyaAllah yabaii!!).  Tapi bila fikir balik banyak hikmahnya. I got to spend more time with my family, helping my umi to cook for the iftar also to sharpen my cooking skills though I did write I have no talent in it, get to fast in a more Islamic environment because as you know Japan is not an Islamic country and also in a more accustomed time length because as far as I knew since it's summer now in Japan, the sun rises as early as 2.50 a.m. or so and the iftar is around 5-6 p.m., so imagine how long they have to fast in Japan. Lagipun baiknya tunggu covid19 ni reda dulu baru fly sebab keadaan 日本(Nihon-Japan) amidst of this pandemic is worse than Malasysia. InsyaAllah we'll get through this and eventually fly to Nihon. Dah duduk rumah ja ni banyak la masa kan, so insyaAllah I can complete my target untuk khatam Al-Qur'an bulan Ramadhan tahun ni. Tak silap aku sejak 2016 kot, memandangkan waktu bulan puasa balik setiap minggu, family aku akan tadarus setiap kali lepas 'Asar waktu hujung minggu dan masih diteruskan sampai sekarang, tapi bila dah puasa waktu PKP ni tadarus buat setiap hari lepas Zohor dan Maghrib. Lepas tadarus, ada bacaan terjemahan page last yang dibaca masa tu. Banyak lah ilmu yang aku dapat masa sesi tadarus tu. Ilmu tajwid, ibadah. Macam baru ni baru aku tau kalau nak sujud tilawah/syukur tak perlu hadap kiblat dan tak perlu ada wudhu' pon sedangkan apa yang biasa aku dengar ustaz ustazah kat sekolah dulu kata kalau nak sujud kena ada wudhu', kena hadap kiblat. Tapi baba bagitau haritu hadis pasal sujud tilawah/syukur ni hanya kata sujudlah dan tak ada kata apa-apa pun pasal wudhu' or kiblat.

So, I think that's all for this entry. Waktu aku habis tulis ni Ramadhan ada berbaki lagi 12 hari. Moga Allah berkati kita semua dan temukan kita dengan lailatul qadr.

Till then :) 

Thursday, May 7, 2020

Ramadhan Part 1

Bismillah, assalamualaikum.

Today's date in hijri is 14 Ramadhan 1441 h. Though tomorrow's already 1/2 of Ramadhan but I think it's not too late for me to share my Ramadhan memories.

Jadi bila sebut pasal Ramadhan atau bulan puasa ni kebiasaaanya mestilah tentang, puasa, tarawih, qiamullail, khatam qur'an, lailatul qadr etc. Aku pun fikir benda yang sama juga cuma bila masuk bulan puasa ni ada seseorang yang aku rindu sangat, arwah tok. Mak kepada umi. Masuk tahun ni dah 9 tahun tok meninggal sebab kanser perut. Aku jadi rindu pada arwah tok bila masuk bulan Ramadhan ni sebab aku rasa banyak kenangan dengan tok especially dalam bulan ni.

Dulu sebelum tok meninggal, family aku memang tiap-tiap hujung minggu akan balik rumah tok. Dari rumah aku nak ke rumah tok ada la dalam 30-45 minit macam tu nak sampai. Ingat lagi macam mana rasanya kalau puasa kat rumah tok. Pernah sekali waktu umur 6 tahun aku batalkan puasa aku waktu tengah hari macam tu sebab tak tahan tengok potongan betik dalam peti sejuk rumah tok hahahaha. Kenangan. Lepastu tok dulu tiap-tiap tahun masa bulan puasa akan ada sekali hujung minggu akan jemput adik beradik tok dan family, sekali lagi hujung minggu yang lain jemput adik beradik tokwan dan family datang berbuka sama-sama kat rumah tok. Seingat aku masa ni lah tok, chaq, umi dan mana-mana lagi adik-adik umi yang balik akan memasak sama-sama kat dapur untuk hidangan berbuka. Semua sedap tapi yang paling aku ingat sekali (maybe ni masa bulan Ramadhan tahun 2010) is agar-agar laici buatan chaq. I can even remember how it looked like. Lepastu adik-beradik tok/tokwan yang datang bawak kuih-muih tambahan. Untuk berbuka guna sampai 3 ruang nak hidang makanan sebab ramai kan. Atas meja makan biasa kat ruang makan, bawah depan meja makan tu hampar tikar and also kat ruang tengah tu pun hampar tikar. Memang ramai betul. Tok-tok menakan aku, sepupu-sepupu umi, dua pupu-dua pupu aku walaupun masa tu dua pupu aku tak la ramai sangat. Lepas berbuka, kemas cepat-cepat then kat ruang tengah yang guna untuk berbuka tadi sampai la ke ruang depan/ruang tamu hampar sejadah, solat jemaah ramai-ramai. Rindu betul masa ni.

Puasa kat SMKA pun kenangan jugak. 5 tahun kat SMKA walaupun boleh katakan rutin yang sama tapi setiap tahun tu kenangan. Waktu form 1 duk tunggu lepas Maghrib bila boleh lepas pergi DM walaupun tau memang turn form 1 last sekali. Nasib waktu form 5 memandangkan kami yang memegang ni baik-baik (eceyyy) kami set kan untuk gilir-gilir setiap form setiap hari biar semua form merasa masuk DM awal. Tapi honestly waktu form 5 macam tak kisah sangat pun giliran lepas pergi DM ni since aku dan beberapa orang dalam batch yang perempuan memang akan makan guna talam dalam bilik rekreasi aspuri. Lepastu masa tarawih pulak dalam hati punya berharap imam baca pendek sebab mengantuk sangaaattt!! Dengan panasnya pulak tu. Allahu sabar je la waktu tu. Masa form 1, imam tarawih yang aku tau waktu tu majoritinya senior-senior form 4 form 5 masyaAllah panjangnya baca. Aku rasa masa form 3 macam tu kot imam tarawih dah start baca pendek-pendek, sebab apa? Sebab waktu tu yang jadi imam, budak-budak kelas tahfiz batch aku sendiri, jadi agaknya depa pon tau mengantuk kalau baca panjang-panjang ni hahahaha. Lepastu aku suka sangat kalau seorang budak batch aku ni jadi imam tarawih sebab sepanjang 5 tahun kat SMKA dan dia yang jadi imam jarang sangat lah aku mengantuk. Sedap betul suara dia kalau baca surah Thaha dan dia memang selalu baca surah Thaha kalau jadi imam tak kisah lah imam tarawih atau imam Maghrib/ Isya', surah favourite dia agaknya (kalau kawan-kawan SMKA yang baca ni mesti tau siapa). Pasal sahur pulak aku ni waktu form 1 ja yang memang tiap-tiap hari turun sahur kat DM. Naik form 2 dah jarang-jarang sebab malas bersiap then nak kena panjat balik sampai tingkat 3 untuk balik dorm. Naik form 3 sampai form 5 lagi la memang tak turun langsung. Kalau nampak aku kat DM waktu sahur masa form 3 - form 5 tu maknanya hari tu mesti hari qiamullail perdana. Masa bulan puasa balik setiap minggu dan baba kalau ambil aku dengan along (form 1- form 4) atau aku dengan 'Afaf (form 5) masa petang Jumaat mesti akan singgah Bazar Ramadhan Bandar Baharu tapi boleh kira pakai jari sebelah tangan ja berapa kali aku turun sepanjang 5 tahun tu. Padahal masa kat asrama bukan main terbayang-bayang bazar ramadhan. Tapi selalunya hari Jumaat tu aku penat sangat dan akan tertidur dalam kereta. Baba dengan along/'Afaf ja yang akan turun.

Jadi tu la serba sedikit kenangan berpuasa aku selama 17 tahun hidup. Panjang entri kali ni tapi ni pun tak habis tulis lagi. Nanti kita sambung di part 2.

Till then :)

Friday, May 1, 2020

A Piece of My Mind

Bismillah, assalamualaikum.

So...actually, this is not the first time I've written a blog. I deleted my first blog which I created back in 2016 because I thought it was quite tacky and ugly and childish- the appearance and also the posts. Secondly, it's because I haven't update it for quite some times. The last post was some time around Feb 2018 and that was 2 years ago. Then, I thought maybe I should just renew my blog instead of update the posts. I deleted all the posts and change the appearance to a much simpler and nicer one according to my own preferences. Even so, the name's still the same- Starlight! I think starlight has grown on me since 2016, so I'll just stick to it.

For this new blog, as you can see the title of this entry- a piece of my mind, I've decided to write about whatever that comes across my mind. Maybe I'll write about my memories, experiences, random thoughts, quotes, or maybe even some recommendations+reviews on movies, dramas, songs, and books. 

Okay, so I think that's all for the first one.

Till then :)